Ikan Kukus Asam Boi

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Kukus Asam Boi?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan kerapu (Dibasuh dan dikelar) 
  • 4 biji asam boi putih 
  • 1 cawan air panas 
    (Asam boi putih direndam bersama dengan air panas)
  • 1 batang serai (Dihiris)
  • 1 inci halia   (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar   (Dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • ½ batang lobak merah (Dihiris halus) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar) 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 1 sudu makan kicap cair 
  • 1 sudu makan jus limau 
  • 1 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan asam boi, bahan yang dihiris dan bawang putih ke 
    dalam kuali. 
  2. Letakkan ikan dan semua bahan lain kecuali daun ketumbar di 
    atas bahan tadi. 
  3. Tutup kuali dan masakkan dengan api yang besar selama 
    10-15 minit. 
  4. Masukkan ke dalam pinggan besar kemudian taburkan daun 
    ketumbar. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment