Ikan Kembung Berlada Hijau

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 35 Minit
Hidangan: 1 Orang

Untuk yang suka makan pedas, memang best!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan kembung ( lagi sedap kalau dapat yang segar)
  • 5 biji cili api dikisar*
  • 2 biji bawag besar dihiris/ dikisar*
  • 3 ulas bawang putih dikisar*
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • sedikit kunyit serbuk
  • 3 sudu air asam jawa
  • sedikit Maggi® CukupRasa™
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ikan kembung dibersihkan dan digaul dengan Maggi® CukupRasa™ dan kunyit serbuk dan goreng garing. Ketepikan.
  2. Dengan minyak yang berbaki letak bahan yang di kisar (cili padi,bawang besar,bawang putih) tadi kacau rata. Masak sampai pecah minyak
  3. Letak bawang besar yang dihiris bulat berserta tomato di potong dadu serta letakkan sedikit perasa (Maggi® CukupRasa™) dan sedikit air asam jawa.
  4. Akhir sekali letak ikan yang digoreng tadi. Kacau perlahan-lahan.
  5. Sedia untuk dihidang

Leave a comment