Ikan Ayaq Asam

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 8 Minit
Hidangan: 4 Orang

Resipi yang menyelerakan dan amat mudah disediakan


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ikan kembung
  • Bawang merah
  • 2 biji tomato (1 dipotong dadu, 1 di blander)
  • Cili
  • Asam keping
  • Asam jawa
  • Serai dihiris nipis
  • Halia dipotong halus
  • 5 sudu jus limau kasturi/purut/nipis
  • Garam
  • Gula
  • Maggi® CukupRasa™

Cara menyediakan dan memasak:

  1. ikan dibersihkan, tos, masukkan kedalam periuk dan masukkan sekali asam keping. (jangan masuk air dulu) Blanderkan bawang, tomato dan tambah sedikit air. Masukkan bahan2 tadi kedalam periuk (jangan buka api dahulu) Masukkan sekali bawang, tomato & cili yang telah dipotong kedalam periuk. Masukkan air asam jawa & 5 sudu jus limau. Masukkan halia, serai yng telah dihiris nipis2. Akhir sekali masukkan sebuk meggi cukup rasa, garam dan gula. Kacau rata. Tutup periuk dan akhir sekali baru buka api. Masak dalam 6-8 minit..
    Img1468761719639

Leave a comment