Hati Goreng Berempah

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Hati Goreng Berempah?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 g hati lembu 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 2 inci halia    
  • 5 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih    
  • 2 sudu makan rempah kari daging 
  • 1 sudu makan jintan manis  
  • 1 sudu makan lada hitam   
  • (Daun kari, halia, bawang merah, bawang putih, rempah kari daging, jintan manis dan lada hitam dikisar)   
  • 2 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 biji cili hijau (Dipotong menyerong) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong hati kecil dan nipis. Basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan hati lembu. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan bawang besar, cili hijau, tomato, dan garam. 
  5. Kacau lagi dan biarkan pecah minyak semula.
  6. Tutup api dan angkat. Sedia dihidangkan.

Leave a comment