Gulai Siam Ikan

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Gulai Siam Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan tenggiri 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 15 biji cili api 
  • 3 batang serai 
  • 1 inci lengkuas 
  • 10 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci belacan 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • (Cili kering, cili api, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih, belacan dan kunyit hidup dikisar bersama)
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa) 
  • Sebiji terung bulat yang kecil 
  • 5 batang kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • 5 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  • 10 biji buah belimbing buluh 
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan santan dan biarkan mendidih. 
  3. Masukkan ikan, terung bulat, kacang panjang, dan daun limau purut. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan garam. Kemudian perlahankan api. Biarkan mendidih dan pecah minyak. 
  5. Apabila kuah sudah pekat, tutup api dan hidangkan dengan nasi putih. 

Leave a comment