Gulai Kambing Tumis Darat

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Gulai Kambing Tumis Darat?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • ½ kg daging kambing 
  • ½ kg betik (Dipotong kecil) 
  • 3 cawan air 
  • 3 cawan santan pekat 
  • 3 sudu makan serbuk kari 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar) 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 3 tangkai daun kari  (Diambil daunnya) 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Kemudian rebus sehingga lembut.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. 
  3. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
  4. Di dalam periuk lain, tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  5. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam periuk gulai kambing tadi. 
  6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar. 
  7. Apabila mahu dihidangkan, kacau gulai perlahan-lahan supaya minyak dan bahan tumisan kelihatan cantik.

Leave a comment