Goreng Cili Api Telur Ikan

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Goreng Cili Api Telur Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g telur ikan tenggiri 
  • 10 biji cili api 
  • 5 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • (Cili api, bawang merah dan bawang putih dikisar kasar)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyakkan) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan telur ikan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkannya pecah. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar kasar sehingga wangi. 
  3. Masukkan telur ikan dan garam. 
  4. Kacau rata sehingga telur ikan kelihatan masak. Tutupkan api. Masukkan cili merah dan bawang besar. 
  5. Tuangkan perahan limau dan taburkan hirisan daun kunyit. 
  6. Masukkan garam sekiranya perlu. Kacau rata.

Leave a comment