Donut

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 6 Orang

Sesuai untuk minum petang. Boleh guna doh yang sama utk buat pau goreng kacang merah dll.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 200ml air suam
  • 1 paket yeast mauripan
  • 2 sdb marjerin
  • 2 sdb shortening
  • 2 sdb gula pasir
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 500g tepung gandum
  • 1 biji telur A
  • Secubit garam
  • Gula caster secukupnye untuk hiasan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tuang air suam dlm bekas menguli.
  2. Masukkan yeast, marjerin, shortening, susu pekat manis dan gula. Tunggu hingga yeast berbuih (lebih kurang 10 minit)
  3. Bila adunan dah berbuih, masukkan separuh dpd tepung. kacau dgn sudu hingga agak2 sebati dgn bahan2 yg lain.
  4. Kocok sikit telur, tuang dlm adunan dan kacau lagi. Masukkan garam.
  5. Masukkan baki tepung gandum dan uli hingga doh tak lekat di jari.
  6. Boleh turus tekap dan goreng.

Leave a comment