Dalca Sayur Istimewa

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Dalca Sayur Istimewa?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan kacang dal (Direndam selama 1 jam) 
  • 3 biji ubi kentang (Dibelah 4)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 biji terung bulat (Dibelah 8) 
  • 5 batang kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • ½ biji lobak merah (Dipotong pendek dan kecil) 
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 1 biji mangga muda (Dipotong kecil) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 cawan air 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 5 tangkai cili kering (Dipotong pendek) 
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 5 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebuskan sehingga lembut. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga 
    wangi. Kacau rata. Padamkan api. 
  3. Masukkan tumisan ke dalam periuk rebusan sayur dan biarkan sebentar. 
  4. Kacau sedikit dan sedia dihidangkan.

Leave a comment