Daging Prun

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Daging Prun?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 600 g daging 
  • ½ cawan buah prun 
  • 5 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan rempah kari 
  • 2 sudu makan cili kisar 
  • 4 sudu makan kicap pekat 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 inci halia 
    (Semua bawang putih, bawang merah & halia dikisar bersama)
  • 4 sudu makan minyak 
  • ½ cawan air 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan daging kemudian potong daging kecil dan nipis. 
  2. Buangkan biji prun kemudian kisar sehingga halus. 
  3. Gaul daging dengan sos tomato, rempah kari, cili kisar, dan kicap 
    pekat. 
  4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
  5. Masukkan daging, air dan kacau rata. Biarkan masak sehingga daging 
    lembut. 
  6. Masukkan buah prun dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.

Leave a comment