Daging Masak Kicap Pekat

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 10 Orang

Bagaimana cara nak masak Daging Masak Kicap Pekat?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 500 g daging (Dipotong nipis) 
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • ( Cili kering, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 1 cawan air
  • ½ cawan kicap lemak manis 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 
  • 2 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 1 biji cili merah 
  • 1 biji cili hijau
Bahan B (Tumisan)
  • 2 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan bahan B sehingga wangi dan pecah minyak. 
  2. Masukkan daging, serbuk ketumbar dan air. Masak sehingga daging lembut dan kuahnya pekat. 
  3. Masukkan kicap, bawang besar, cili merah, cili hijau, dan daun bawang. Kacau rata dan tutup api. 
  4. Sedia dihidangkan.

Leave a comment