Daging Masak Hitam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Ditumis bersama ramuan rempah ratus yang simple, Daging Masak Hitam mesti dapat pikat hati korang punyalah! Menggamit memori masa di kampung pula. Layari youtube MyResipi untuk lihat video penuh resipi.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji lada merah
  • 2 biji bawang besar
  • 500g daging lembu
  • Serbuk kari daging
  • Halia
  • Kerisik
  • Air
  • Cuka makan
  • Kicap manis
  • Bunga lawang & kulit kayu manis
  • Minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong bawang kecil dan halia. Kemudian, kisar bahan tersebut.
  2. Sediakan daging di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kari daging dan bahan yang dikisar. Gaulkan hingga sebati.
  3. Masak campuran daging hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Tambah air jika perlu.
  4. Gaul hingga sebati. Masukkan kicap manis secara berperingkat hingga daging kelihatan hitam. Kemudian, masukkan sedikit cuka makan.
  5. Masukkan kerisik dan gaul bersama daging.
  6. Pada kuali yang lain, panaskan minyak. Masukkan beberapa helai daun kari (aroma). Kemudian tumis lada merah bersama bawang besar. Letak bahan tumisan yang siap dimasak ke atas daging hitam.

Leave a comment