Cucur Labu

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Cucur Labu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g labu kuning 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1½ cawan air 
  • ½ cawan gula 
  • ½ sudu teh garam 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit labu dan bijinya. Kemudian parutkan ke dalam 
    mangkuk adunan. 
  2. Masukkan gula, tepung gandum, baking powder, garam dan air sedikit 
    demi sedikit ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata dan sebati. 
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Sudukan adunan ke dalam 
    minyak yang sederhana panas. 
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan ataupun agak garing. 
  5. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan. Sedia dihidangkan.

Leave a comment