Cream Puff Goreng Lazat

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi daripada kawan... mudah, menjimatkan masa (daripada versi oven) & paling penting sedap...


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A:
  • 200 ml air
  • 150 g TEPUNG GANDUM
  • 50 g Margerine (planta)
  • 2-3 biji telur (bergantung saiz) dan Sedikit garam
  • Bahan B / Inti:
  • 150 air
  • 90 g gula kastor
  • 200 ml susu cair ldeal
  • 25 g Corn Flour
  • 25 g tepung Hoonkwe (warna putih)
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit perisa vanilla dan garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buat dulu adunan bahan A:
  2. Air dan margarine dimasak mendidih lalu masukkan tepung. Kacau rata dan lepas itu dinginkan seketika.
  3. Dalam bekas lain (atu dalam mixer bowl), pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan adunan yang sudah dingin tadi (no.2) ke dalam mixer dan dipukul lagi hingga sebati.
  4. Panaskan minyak lalu sudukan adunan - goreng hingga kekuningan dengan api perlahan.
  5. Sejukkan dan dibelah tengah-tengah.
  6. Cara membuat inti / Bahan B:
  7. Gaul rata semua bahan B, lalu dimasak di atas api kecil. Dinginkan dulu sebentar sebelum diisikan dalam puff goreng.
  8. Selamat Mencuba…. p/s: Jika nak, kurangkan tepung hoonkwe supaya tidak terlalu keras. Insya-Allah, jika berkesempatan gambar akan saya upload. Yang pasti, cream puf ni SEDAP!

Leave a comment