Couscous Salad Dengan Sosej

Kategori: Timur Tengah, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 1 Orang

Couscous mudah nak masak. 5 minit rendam dalam air panas dah siap. Couscous seakan-akan nasi tapi warna kuning dan kecil. Resepi salad ni senang dan murah untuk disediakan. Sesuai untuk yang nak diet.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Setengah cawan couscous
  • Setengah cawan air panas
  • Minyak masak. Saya guna olive oil, alang-alang dah ada.
  • 2 biji bawang putih dipotong biasa
  • 1/2 biji bawang besar dipotong biasa
  • 1/2 biji bell pepper dipotong empat segi kecil
  • 1/3 batang timun dipotong empat segi kecil
  • Garam secukup rasa
  • White pepper secukup rasa
  • 1 batang sosej dipotong halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Letak minyak masak sedikit. Panaskan dan bila minyak dah panas, masukkan terus bawang putih, bawang besar, bell pepper, dan sosej.
  2. Bila bawang putih dah kekuningan dan sosej dah masak, letak setengah cawan air. Biarkan menggelegak. Campurkan garam dan white pepper secukup rasa.
  3. Tutup api ,masukkan couscous dan campurkan dengan bahan-bahan tadi. Tutup pan dan tunggu 5 minit.
  4. Lepas 5 minit, couscous akan mengembang dan kita boleh letak timun dan campurkan macam salad. Siap! Cepat, mudah dan yang penting sihat!

Leave a comment