Coney Dog

Kategori: Nusantara, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Coney Dog?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 4 biji roti sosej 
  • 2 helai daun salad 
  • Sedikit mayones
Bahan B (Inti)
  • 400 g daging kisar 
  • 2 labu bawang holland  (Dipotong dadu) 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • ½ cawan sos tomato 
  • ½ cawan sos cili 
  • 2 biji tomato (Dihiris) 
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam 
  • 1 sudu makan serbuk oregano 
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, tomato, garam, air, dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan biarkan sehingga pekat. 
  4. Taburkan serbuk oregano dan kacau lagi. Angkat dan ketepikan. 
  5. Belah roti sosej kemudian masukkan salad dan tomato. 
  6. Masukkan bahan yang dimasak dan hiaskan dengan sos cili dan mayones.

Leave a comment