Colek Ike Tenggiri

Kategori: Asian, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Menu kenduri mak mertua...mungkin tak biasa bagi kebanyakan org tapi lauk inilah yang akan habis dulu berbanding lauk kenduri lain.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • *Kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut...memang sedap!

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dalam oven hingga masak. (Kalau bakar dengan kayu arang lebih sedap).
  2. Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan kisar. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dalam bekas dan gaulkan dengan bawang, tomato dan daun ketumbar.
  3. Tuangkan ke dalam pinggan berisi ikan yang telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Leave a comment