Cinnamon Roll

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Senang dan sedap. Kegemaran suami, jadi dia buat sendiri sekarang.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Kulit pastri
  • Coklat krim - contoh: Nutella
  • Serbuk kulit kayu manis
  • Badam/walnut cincang
  • Potong gulungan kepada setiap 2 inci

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buka kulit pastri.
  2. Sapu coklat krim ke atas pastri.
  3. Tabur serbuk kulit kayu manis.
  4. Tabur cincangan kacang kesukaan anda - kacang tanah, walnut, badam.
    Open uri20151010 29872 1k2xw4p
  5. Gulung pastri perlahan. Jangan tekan. Bahagian terakhir, sapu sedikir air untuk melekatnya. Potongkan gulungan tersebut kepada 2-3 inci.
    Open uri20151010 29872 wscn3t
  6. Bakar 200C selama 10 minit, turunkan ke 150C selama 20 minit.
    Open uri20151010 29872 zspog2
  7. Kalau nampak semua dah macam tukar warna sikit-sikit garing. Siap.
    Open uri20151010 29872 1vwum8y
  8. **Letak potongan dadu mentega atau marjerin sedikit di atas potongan sebelum bakar untuk menjadikannya lebih lembap (tidak rangup sangat).

Leave a comment