Chocolate Muffins

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Lagi satu resipi mudah sangat, anak-anak pasti sukakannya. Sedap dimakan ketika panas.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan (200g) gula - kalau tak nak manis boleh kurangkan sikit
  • 1 cawan (130g) tepung serbaguna
  • 6 sudu teh serbuk koko - yang tak manis
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan (160 ml) susu
  • 2/3 cawan (160 g) mentega - dicairkan
  • 4 oz (120 g) cip coklat kurang manis - (jika suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Griskan 6 acuan muffin (tin atau kertas).
  3. Pukul telur dengan gula (tak payah kembang), kemudian campurkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, esen vanila dan susu.
  4. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
  5. Masukkan cip coklat (jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar sebati je, kalau tak nanti cip coklat ini akan mendap ke bawah muffin).
  6. Akhir sekali, masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 30 minit - (kalau nak uji sudah masak atau belum, cucukkan lidi dalam muffin - kalau licin tu dah masak lah namanya).

Leave a comment