Chilli Cheese Fries

Kategori: Nusantara, Snek
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Keenakan fries yang rangup ditambah pula dengan lelehan cheese yang memukau, pasti buat korang tak terkata dengan Chilli Cheese Fries ni. Mudah dan senang disediakan. Layari channel Youtube kami untuk melihat video penuh. www.youtube.com/myresipi


Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 mangkuk keju parut
  • 1 mangkuk sos spageti
  • 400g isi ayam
  • 500g kentang (fries)
  • Daun sup
  • Minyak zaitun
  • Lada hitam (perasa)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Hiris bawang putih, bawang besar dan daun sup.
  2. Panaskan minyak dan masukkan kentang goreng
  3. Goreng hingga keemasan. Kemudian, toskan minyak.
  4. Tumis hirisan bawang putih. Masukkan isi ayam, diikuti sos spageti dan lada hitam.
  5. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan hirisan daun sup.
  6. Ratakan adunan ke atas kentang yang telah digoreng tadi. Taburkan keju parut ke atasnya.
  7. Bakar pada suhu 180 C selama 10 minit.

Leave a comment