Chicken Chop Lada Hitam

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Chicken Chop Lada Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 ketul paha ayam 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 4 sudu makan tepung serbaguna 
  • 1 cawan minyak masak
Bahan B (Sos)
  • ½ labu bawang holland (Dipotong dadu) 
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • 1 cawan air rebusan tulang ayam 
  • 1 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan lada hitam (Dikisar) 
  • 1 sudu makan kicap 
  • 1 sudu teh tepung jagung 
  • Sedikit air 
  • Garam secukup rasa 
  • Gula secukup rasa 
  • Minyak masak (Bagi menumis)

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Sos Lada Hitam
  1. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 
  2. Masukkan air rebusan tulang ayam. 
  3. Apabila sudah pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap, dan 
    bancuhan tepung jagung. 
  4. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut kepekatan sos yang 
    dikehendaki. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Cara Membuat
  1. Bersihkan dan buang tulang ayam dari bahagian paha. 
  2. Perap paha ayam dengan serbuk lada sulah beberapa jam. 
  3. Salutkan ayam dengan tepung serbaguna. 
  4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap sehingga masak. 
  5. Susunkan semua bahan di atas pinggan dan tuangkan sos lada hitam.

Leave a comment