Cendawan dan Kacang Buncis Goreng Sos Tiram

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi sendiri, simple dan sedap!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 8 biji cendawan butang (dipotong ikut suka)
  • Segenggam kacang buncis (dipotong serong)
  • 1/2 biji lada benggala merah (dipotong panjang)
  • 2 biji bawang besar (dihiris besar2)
  • 3 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 2 sudu teh @ 1 kiub pati ikan bilis
  • Beberapa ekor ikan bilis (optional)
  • 3 sudu sos tiram (ikut selera)
  • 1 sk serbuk lada
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih & ikan bilis. Biarkan sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan pati ikan bilis. (Jika pakai kiub hancurkan terlebih dahulu). Tambah sedikit air.
  3. Masukkan cendawan dan kacang buncis. Biarkan seketika. Pastikan sayuran tidak dimasak terlalu lama.
  4. Masukkan sos tiram dan serbuk lada. Kacau sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan lada benggala dan garam secukup rasa. (Jangan letak garam terlalu banyak sebab pati ikan bilis dah sedia masin)
  6. Sedia dihidang. Kuah resepi ini memang dibuat agak kering. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi dan lauk utama yang lain.

Leave a comment