CENCARU SUMBAT GORENG

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 25 Minit
Hidangan: 2 Orang

Ikan cencaru disumbat dengan bahan dan kemudian goreng


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 ekor ikan cencaru -dibelah belakang
  • 1 pek cili boh / dikisar
  • 3 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 biji bawang besar - didadu
  • 1 biji tomato - didadu
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cara memasak 1. Panas minyan dan tumiskan bahan kisah hingga pecah minyak 2.apabila masak, angkat dan campurkan bersama bawang besar, tomato serta perasakan garam, gula dan perasa. Gaul sebati. 3.sumbatkan belakang ikan cencaru yang telah dilumur dgn kunyit, garam dan perasa 4. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga masak

Leave a comment