Cek Mek Molek

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Cek Mek Molek?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g keledek putih 
  • ½ cawan tepung gandum (Diayak) 
  • ½ cawan gula 
  • Sedikit garam 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga empuk. 
  2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat. 
  3. Gaulkan bersama tepung gandum. 
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya. 
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar. 
  6. Gorengkan di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak. 
  8. Sedia dihidangkan.

Leave a comment