CARA BUAT CILI LEBIH TAHAN LAMA

Anda seorang yang suka beli banyak cili dan simpan dalam peti? Tapi cili anda tak tahan
lama dan cepat sangat rosak? Macam-macam cara dah cuba tapi cili tetap tak tahan lama? Anda boleh cuba ikut tips viral dari Norizah Karim, insyaAllah lepasni cili anda boleh tahan lama.

1. Buang tangkai cili dan basuh bersih.
2. Toskan dan keringkan guna tisu dapur.
3. Simpan cili tersebut di dalam bekas yang tertutup ataupun Tupperware.
4. Simpan cili dalam peti sejuk.
5. Cili yang nak guna tu biarkan sekejap dekat luar dalam seminit dua. Tak perlu basuh
dah.

Tips yang ni pula untuk simpan cili supaya cili boleh tahan sampai sebulan. Biasanya tips ni
berguna untuk orang yang selalu beli cili dalam kuantiti yang banyak.
1. Buang tangkai.
2. Masukkan dalam Tupperware dan alas dengan tisu.
3. Kupas bawang putih dan letak dalam bekas Tupperware tadi.
*Cili boleh tahan sampai sebulan dan tak rosak.

Tags:

Cili selalu tak tahan lama? Dengan tips ni gerenti cili anda boleh tahan sampai sebulan.

Leave a comment