Burger Bun

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi dari R.net...memang sedap ni, saya siap buat roti hotdog sekali. Walaupun tidak guna mesin roti, rotinya memang terbaik.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 550gm tepung roti/serbaguna
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu teh garam
  • 14gm yis
  • 180ml susu
  • 120ml air
  • 3 sudu besar marjerin/mentega
  • 3 biji telur (2 guna dalam adunan dan 1 lagi untuk sapu)
  • Bijan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Campurkan separuh tepung dengan gula, garam dan yis dalam pengadun.
  2. Panaskan susu, air dan marjerin hingga suam, masukkan ke dalam tepung tadi. Pukul kelajuan tinggi selama 2 minit.
  3. Masukkan telur (2 biji) dan separuh lagi tepung, pukul lagi selama 2 minit.
  4. Uli adunan selama 4 minit, jadi doh lembut dan tutup dengan pembalut. Rehatkan selam 30-45 minit.
  5. Tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin, bahagi 12 bahagian bebola. Letak atas dulang bergris atau guna kertas masakan dan leperkan sikit. Rehatkan selama 15-20 minit lagi.
  6. Pukul 1 biji telur dan sapu atas ban, tabur bijan jika suka. Bakar selama 10-15 minit.

Leave a comment