Blondies

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Smoothies
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi dari buku Cupcakes and Cookies Galore.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 510 gm Coklat Putih
  • 1/3 cawan mentega tanpa garam
  • 3 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan kacang walnut @ macadamia dicincang kasar
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 190dc, dan gris alas baking paper loyang 10" x 7".
  2. Ambil 340g coklat putih dan cincang kasar, ketepikan.
  3. Cairkan lebihan coklat putih bersama butter (double boiler). Sejukkan
  4. Pukul telur dan gula sehingga sebati dan masukkan cairan coklat tadi sedikit demi sedikit
  5. Ayakkan tepung ke dalam adunan, dan kaup balikkan, kacang, coklat putih dan esen vanila hingga sekata
  6. Tuangkan ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 30 ke 35 minit hingga set. Setelah sejuk, potong bentuk squares.
  8. Enak juga dihidang bersama strawberry dan custard

Leave a comment