Black Olive Knot Bread

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Roti biasa tapi ada kelainannya.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 375 g tepung roti
  • 20 g mentega
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh gula halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 225 ml susu segar
  • 80 g zaitun hitam, didadu kasar
  • 1/2 camca teh penaik roti (jika suka)
  • 1/2 camca teh pelembut roti (jika suka)
  • Beberapa biji jeruk 'capers' (jika suka)
  • 1 camca teh yis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pembuat roti, kecuali jeruk. Pilih tetapan untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari mesin dan tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan bahagi kepada 12 bahagian. Rehatkan 10 minit.
  3. Ambil satu doh tadi dan gelek memanjang kurang lebih 20 cm.
    Open uri20151010 29872 zuzn6o
  4. Buat satu simpulan seperti mengikat tali.
    Open uri20151010 29872 11evu8l
  5. Kemaskan simpulan sehingga membentuk seakan sanggul.
    Open uri20151010 29872 16up3e
  6. Susun dalam loyang dan hias dengan jeruk (3 biji untuk roti). Biarkan 40 minit hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 minit. Biarkan roti seketika dalam oven untuk mendapatkan permukaan roti yang keemasan. Sapu dengan mentega sejurus dikeluarkan dari oven.
    Open uri20151010 29872 1su2rvr

Leave a comment