Biskut Kelapa Badam

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 10 Orang

Biskut rangup, enak dengan rasa badam dan kelapa. Cantik menarik sesuai dijadikan hamper atau cenderahati dimusim perayaan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A: 1 cawan mentega (saya guna 250 gm)
  • 1 cwn gula halus
  • 2 biji telur kuning
  • sedikit paste pandan dan pewarna hijau
  • Bahan B: 1 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • Bahan C: Tepung gandum secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan bahan A dan putar hingga kembang.
  2. Gaul bahan B.
  3. Masukkan bahan B ke dalam adunan mentega dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga jadi doh yang boleh diterap dengan acuan.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan pilihan dan letak hiasan ikut citarasa.
  6. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 20 minit.

Leave a comment