Bingka Ubi Kayu Lemak

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Bingka Ubi Kayu Lemak?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1½ kg ubi kayu (Dikupas kulit dan dipotong kecil) 
  • 1 cawan santan (1 biji kelapa) 
  • 2 biji telur 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 2 cawan gula pasir 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisarkan ubi kayu menggunakan pengisar. Kemudian tapiskan dengan penapis santan. Buangkan airnya. Ambil sagu ubi di dalam penapis. 
  2. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. 
  3. Gaulkan bahan A dan bahan B termasuk sagu ubi dan masukkan ke dalam kuali. 
  4. Masakkan sebentar sambil kacau tanpa henti sehingga pekat. 
  5. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang siap disapukan minyak. 
  6. Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170ºC. Bakar selama 60 minit menggunakan api bahagian atas dan bawah. 
  7. Bakar lagi selama 10 minit menggunakan api bahagian atas sahaja. 
  8. Sejukkan beberapa jam. Potong dan hidangkan.

Leave a comment