Bingka Tepung

Kategori: Asian, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi daripada emak.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 4 cawan santan (santan ni agak-agak...kalau bancuhan pekat, tambah lagi santan)
  • Pewarna hijau
  • Perasa pandan
  • 1 cawan gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan tepung, gula, pewarna hijau, perasa pandan dan santan ke dalam pengisar. Kisar sampai adunan sebati.
  2. Masukkan telur. Kisar lagi. Pastikan aduan tidak berketul. Kemudian masukkan dalam loyang. (Adunan tadi seeloknya cair macam bancuhan kuih ketayap) :D
  3. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30-45 minit.

Leave a comment