Bihun Sup

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : )


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam bihun dalam bekas berisi air
  2. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  4. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  5. Setelah itu, masukkan air secukupnya
  6. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
  7. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  8. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  9. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  10. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
  11. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
  12. Hidang dengan sambal kicap

Leave a comment