Bihun Belacan / Kuching Bihun Belacan

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 4 Orang

Salah satu dari makanan popular di Sarawak terutama di bahagian Kuching selain daripada Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Rasanya yang sedap dan kelainan menjadikan ianya kegemaran ramai.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan-bahan (A) Mihun sedang kasar secukupnya - rendam kembang dan celur dengan air panas. Toskan Tauge secukupnya Timun - potong halus Telur padi Sotong kembang - potong sedang Limau kasturi
  • (B)Kisar 1 biji bawang bombay sedang 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 inci halia Sedikit udang kering
  • (C) Cili giling (Tak nak pedas abaikan) Minyak sedikit untuk menumis
  • (D) 1 liter air 1/2 inci belacan + sedikit air - hancurkan 1-2 sdt pitis udang 1 sdt asam jawa paste (kalau nak masam lebihkan) *Sue guna bukan adabi so tak terlalu masam. Agak-agak ye* Kicap pekat masin sedikit/ kicap pekat unuk warna
  • Garam sedikit takut lebih masin (rasakan terlebih dahulu kerana belacan dan kicap dah masin) Gula dan aji secukup rasa. (Kalau tak makan aji abaikan) 11/2 sdt tepung kentang/jagung + air sedikit untuk memekat kuah*

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Cara 1) Tumis bahan (C) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak. 2) Masukan bahan (D) kecuali bancuhan tepung* dan biarkan mendidih menggunakan api sedang dalam 10 minit. Rasa secukupnya.
  2. *Sebelum masukan bancuhan tepung, tapis kuah terlebih dahulu atau cedok guna penapis kecil supaya kuah bersih* 3) Masukan bancuhan tepung dan kuar rata. Tutup api. Kuar jangan cair ataaupun terlalu pekat. Agak-agak ye sebab setiap jenis tepung jagung/ kentang tak sama. 4) Hidang bersama bahan-bahan sampingan diatas.
  3. SELAMAT MENCUBA!

Leave a comment