Beef Nugget

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resipi emak dan telah diolah semula.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 gram daging cincang
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji telur (pukul)
  • Serbuk roti secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan daging dengan tepung, sos tiram, kicap, serbuk lada, serbuk perasa dan garam. Perapkan 10 minit.
  2. Kepalkan daging tadi mengikut saiz kesukaan anda.
  3. Celupkan kepalan daging tadi dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti. Sedia untuk digoreng.
  4. ***Bahan-bahan boleh diolah mengikut citarasa anda.

Leave a comment