Beef Bacon Cheeseburger

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Yang selalu suka order burger tu bolehlah cuba resipi Beef Bacon Cheeseburger homemade ni! Simple dan sedap ;)


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan:
- 500g daging kisar
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Bun burger
- American Cheese
- 2 keping beef bacon
- Tomato (dihiris)
- Lettuce
- Bawang besar (dihiris)
- Sos mayonis
- Minyak

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Gaul daging kisar bersama garam dan lada hitam.
2. Bentukkan menjadi patty.
3. Goreng beef bacon tanpa minyak hingga rangup.
4. Masukkan sedikit minyak dan bakar patty daging sehingga masak. Apabila sudah masak, letakkan sekeping American cheese dan biarkannya cair.
5. Panaskan burger bun di atas kuali.
6. Untuk menyediakan burger, sapukan sos mayonis ke atas bun dan susunkan lettuce, tomato, patty cheeseburger, beef bacon, dan bawang besar.


Leave a comment