Ayam Rendang Hitam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Rendang Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (dipotong sederhana)
  • 5 sudu makan minyak masak
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
    (Cili kering, halia, bawang besar, bawang merah, bawang putih & serai dikisar bersama)
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 4 sudu makan kicap
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh dan tuskan ayam.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar dan jintan manis sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam, kicap, daun kunyit, kerisik, asam gelugur, dan garam.
  4. Kacau rata sehingga pekat. Hidangkan.

Leave a comment