Ayam Pongteh

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Pongteh?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 8 ketul ayam (Dibuang kulit) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 8 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 sudu makan taucu (Dibasuh dan tuskan) 
  • 2 cawan air 
  • 1 sudu teh kicap manis 
  • 2 sudu makan air asam jawa 
  • 2 biji kentang (Digoreng) 
  • 3 biji cili merah (Dibelah 2) 
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • Minyak masak secukupnya 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ayam sehingga masak (tidak perlu garing) 
  3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  4. Masukkan taucu, air, kicap, air asam jawa dan dan biarkan sehingga mendidih. 
  5. Masukkan ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga ayam lembut. 
  6. Masukkan kentang, cili merah dan daun bawang. 
  7. Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan. 

Leave a comment