Ayam Percik Badam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Percik Badam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 keping paha ayam 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 5 biji cili api 
  • 6 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 3 batang serai 
    (Cili api, bawang merah, bawang putih, halia & serai dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kurma 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 20 biji kacang badam (Dikisar halus) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan sebentar. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serbuk rempah kurma sehingga wangi. 
  3. Masukkan santan, kacang badam, asam gelugur, ayam, gula, dan garam. 
  4. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat. 
  5. Angkat ayam dan bakar sehingga garing sambil menyapukan lebihan 
    kuahnya. 
  6. Masakkan kuah sehingga pecah minyak. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment