Ayam Masak Lemak Cili Api

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Masakan paling simple tapi sedap.


Bahan-bahan diperlukan:

  • Ayam seekor/setengah ekor yg telah dicuci
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 inci lengkuas (dititik)
  • 1 batang bunga kantan atau setengah genggam daun kesum
  • 4 biji kentang (ikut kesukaan)
  • 4 biji tomato (ikut kesukaan)
  • Bahan Kisar pula :
  • 10-20 cili padi (ikut tahap kepedasan yg anda suka)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup (serbuk pun boleh)
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 biji buah keras (taknak letak pun tak apa. ini untuk menambahkan rasa kelemakan kuah)
  • 1 cawan santan
  • Air secukupnya (dalam 3-5 cawan) ikut tahap kepekatan yg anda suka
  • Garam & Gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bunga lawang,buah pelaga, serai dan juga lengkuas.
  2. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan kisar (Cili padi,bawang besar,bawang putih, kunyit hidup, biji ketumbar dan buah keras)
  3. Selepas bahan-bahan kisar telah naik bau dan sebati, masukkan ayam mentah. Gaul rata. Jika terlalu kering masukkan sedikit air. Perlahankan api dan tutup seketika periuk dlm masa 2-3 minit untuk membiarkan bahan kisar perap dlm ayam.
  4. Setelah bahan kisar sebati dgn ayam, masukkan santan dan air secukupnya. (Api dah boleh besarkan sedikit)
  5. Masukkan kentang, bunga kantan/daun kesum, garam gula secukupnya. Dan tutup periuk sehingga lauk mendidih dan kentang telah empuk.
  6. Akhir sekali, masukkan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.
  7. Siap untuk dihidang dan dimakan ;)

Leave a comment