Ayam Kacang Panggang

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Kacang Panggang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping ayam (Dibersihkan) 
  • 4 biji bawang putih (Dititik) 
  • 4 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu teh sos tomato 
  • Sedikit air 
  • 1 tin kacang panggang 
  • 2 labu bawang besar (Dipotong bulat) 
  • 4 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 biji cili hijau (Dihiris kasar)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan ayam, garam, gula, sos tomato, dan sedikit air. 
  4. Masukkan kacang panggang, bawang besar, cili merah, dan cili hijau. 
    Kacau sebati. 
  5. Taburkan daun bawang dan sedia dihidangkan.

Leave a comment