Ayam Goreng Rangup

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Rangup?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil dan bersihkan) 
  • 1 mangkuk tepung serbaguna berempah 
  • 2 biji telur 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh dan tuskan ayam. 
  2. Gaulkan potongan ayam dengan telur di dalam mangkuk. 
  3. Kemudian gaulkan ayam dengan tepung serbaguna berempah. 
  4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. 
  5. Angkat dan tuskan. 
  6. Sedia dihidangkan dengan coleslaw dan jejari kentang.

Leave a comment