Ayam Goreng Hot Spicy

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 4 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang
Tags:

Nak try buat Ayam Goreng Spicy sendiri? Cuba resipi senang ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Perapan ayam:
  • 1/2 ekor ayam 
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar garam bawang putih 
  • 2 sudu besar lada sulah 
Tepung:
  • 2 cawan tepung jagung 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu besar serbuk cili 
  • 2 sudu besar garam bawang putih 
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar mixed herbs 
  • 2 sudu besar baking powder 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam. 
  2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung. 
  3. Salut ayam dengan telur, dan kemudian dengan campuran tepung. 
  4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak. 
  5. Hidang!

Leave a comment