Ayam Goreng Cendawan

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Goreng Cendawan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (dipotong kecil) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 5 ulas bawang putih (Dihiris) 
  • 2 labu bawang besar (Dihiris)  
  • 1 inci halia (Dihiris)                     
  • 10 biji cendawan kering  (direndam dan hiriskan) 
  • 1 tin cendawan butang 
  • 1 cawan air 
  • 20 tangkai kacang snow pea 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayam digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. 
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  3. Masukkan ayam, cendawan kering, cendawan butang, air, dan garam. Kacau rata. 
  4. Masukkan kacang snow pea. Masakkan hingga empuk dan pekat. Hidangkan. 

Leave a comment