Ayam Gerang Asam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Gerang Asam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping ayam 
  • 1 cawan cili kisar          
  • 5 biji bawang merah  
  • 2 ulas bawang putih 
  • ½ inci lengkuas  
  • 3 biji buah keras 
  • 2 batang serai 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh belacan  
  • (Cili kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, buah keras, serai, serbuk kunyit dan belacan dikisar bersama)
  • 1 sudu makan pes asam jawa (Dibancuh dengan 2 cawan air )                
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2) 
  • 5 tangkai daun kesum 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyak) 
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)  
  • 4 sudu makan minyak masak  
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga air ayam kering. 
  3. Masukkan bancuhan air asam jawa bersama bunga kantan, daun kesum, daun limau purut, daun kunyit, dan garam. 
  4. Masakkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 
  5. Masukkan tomato dan kacau rata. Hidangkan. 

Leave a comment