Ayam Gansuli

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Gansuli?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg ayam (dipotong kecil) 
  • 20 kuntum bunga gansuli (bunga lily) 
  • 50 g suun 
  • 2 keping fucuk tauhu 
  • 5 keping cendawan kering 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih  
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 inci halia       
  • ( Bawang putih, bawang merah dan halial dikisar bersama) 
  • Garam secukup rasa       
  • 1 cawan air 
  • 2 keping tauhu (Dipotong kecil)           
  • ½ pokok bunga kubis (Dipotong kecil)    
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris kasar)
  • 1 pokok daun sup   (Dihiris kasar)  

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rendam bunga gansuli, suun, fucuk tauhu, dan cendawan kering sehingga lembut. 
  2. Potong suun, fucuk tauhu, dan bunga gansuli. 
  3. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris dan kacau sehingga layu. 
  4. Masukkan ayam dan garam. Masak sehingga lembut. 
  5. Masukkan air, tauhu, bunga kubis, dan bahan yang direndam. Kacau rata sehingga masak. Padamkan api. 
  6. Masukkan bahan yang dihiris kasar dan kacau lagi. Hidangkan. 

Leave a comment