Ayam Gajus

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ayam Gajus?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 600 g isi ayam  (Dipotong dadu) 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • 100 g kacang gajus (Digoreng) 
  • 3 tangkai cili kering (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)       
  • 4 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 labu bawang holland  (Dipotong dadu kasar) 
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu kasar) 
  • 3 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • ¼ cawan air 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh garam 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung. 
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 
  3. Goreng cili kering sehingga garing dan ketepikan. 
  4. Tumis halia dan bawang putih sehingga garing kemudian masukkan bawang holland. 
  5. Masukkan capsicum, isi ayam yang sudah digoreng, sos tiram, sos cili, dan sedikit air. 
  6. Biarkan kering, kemudian tutup api. Masukkan kacang gajus dan kacau rata. Sedia dihidangkan.

Leave a comment