Avocado Salad in Boat

Kategori: Timur Tengah, Mediterranien
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Resepi dari cookpad.com


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 biji avocado
  • 20 ekor udang segar
  • 3 sb mayonaise
  • 2 sk condense milk
  • 1 sk tomato kechup
  • 1 sk susu segar

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit udang, belah belakang dan buang urat hitam. Rebus sekejap dalam air bergaram. Kalau udang besar potong dua.
  2. Belah dua avocado, keluarkan isi dengan sudu. Potong 1cm persegi. Hati-hati supaya kulit tidak pecah sebab nanti akan digunakan kemudian.
  3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  4. Sudukan 3 ke dalam kulit avocado tadi dan hidangkan. Sedap dimakan sebagai appertizer.

Leave a comment