Asam Pedas Lada Hitam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak Asam Pedas Lada Hitam?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g ikan pari (Dipotong kecil) 
  • 15 biji cili api 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci belacan 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 6 biji bawang merah
  • (Cili api, halia, kunyit hidup, belacan, bawang putih, bawang merah dikisar bersama)
  • 2 sudu makan  lada hitam 
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 2 biji tomato (Dipotong 4) 
  • 5 tangkai daun sup  (Dipotong pendek) 
  • Garam secukup rasa 
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuhkan ikan pari dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
  3. Masukkan lada hitam dan serai. Kacau seketika. 
  4. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan ikan dan garam.
  5. Biarkan kuah reneh dan agak pekat. 
  6. Masukkan tomato dan daun sup. Tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih.

Leave a comment