Apam Mekar

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Apam Mekar?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 g gula pasir 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh ovallette 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 300 g tepung gandum 
  • 200 ml susu segar 
  • Pewarna merah dan hijau 
  • Acuan kertas secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan periuk kukusan sehingga airnya mendidih. 
  2. Pukul gula, telur, dan ovallette sehingga kembang dan gebu. 
    Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan susu berselang-seli. Pukul lagi 
    sehingga gebu. 
  4. Bahagikan adunan kepada 2 mangkuk. Masukkan pewarna 
    merah dan hijau ke dalam mangkuk adunan tadi. 
  5. Masukkan adunan berlainan warna ke dalam beg plastik piping. Picitkan setiap warna ke dalam acuan kertas dalam 
    kuantiti yang sedikit. 
  6. Letakkan acuan kertas ke dalam acuan apam dan kukus 
    selama 15 minit menggunakan api yang besar. 
  7. Apabila sudah masak angkat dan hidangkan.

Leave a comment