Almond Choc. Chip Butter Cake

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sudah lebih dari 10 kali buat. Sampai sudah hebat, tak perlu belek resipinya lagi.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 113 gm mentega
  • 113 gm gula kastor
  • 2 biji telur ayam
  • 113 gm tepung naik sendiri, ayak dahulu
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 100 gm coklat cip separa manis
  • 80 gm buah kranberi kering
  • 50 gm hirisan kacang badam
  • 1 sudu makan perahan air limau Sunkist (jika suka)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Dengan menggunakan pengadun elektrik, pukul mentega & gula hingga putih & gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu & pukul dengan esen vanila sekali gus.
  4. Perlahankan pukulan pengadun pada kadar yang paling rendah dan masukkan tepung sikit demi sedikit hingga tepung tidak berbintil.
  5. Dengan menggunakan spatula, taburkan kacang badam, coklat cip dan kranberi tadi di dalam adunan ini & gaul. Tips: untuk menjadikan kacang, coklat cip dan kranberi ini supaya tidak tenggelam di bawah adunan kek nanti bila masak, gaul kedua-dua bahan ini dengan sedikit tepung sebelum memasukkannya ke dalam adunan tadi.
  6. Bakar selama 45 minit atau hingga lidi dicucuk dalam kek, tiada kesan lekatan pada lidi tersebut.
    Open uri20151010 29872 y56yik
  7. Tunggu hingga sejuk sebelum memotongnya.
    Open uri20151010 29872 uq25us

Leave a comment